CoMPaNieS Of HeRO

Wednesday, May 13, 2009

.:LIVERPOOL NEWS:.

Liverpool bakal pencabar utama United musim depan E-mail

Rafael Benitez yakin Liverpool berada pada kedudukan terbaik untuk menjadi pencabar utama Manchester United dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musin depan.

Sementara itu, bos Arsenal, Arsene Wenger menaruh harapan tinggi kepada barisan mudanya, manakala Chelsea hampir pasti untuk melantik pengurus baru dalam bajet perpindahan untuk musim panas ini.

Namun Rafael Benitez memaklumkan bahawa The Reds akan mengekalkan skuad sedia ada.

"Kemuncak pasukan ini bermula sekarang. Kami mampu memperbaiki beberapa kelemahan tetapi kami tidak perlu menukar sebahagian besar pemain.

"Kestabilan selalunya baik untuk sebarang kelab dan kerana skuad ini berada pada tahap terbaik, ia bermakna anda tidak perlu menukar begitu banyak pemain.

"Saya fikir kami berada di kedudukan terbaik berbanding pasukan lain untuk bersaing dengan Manchester United dalam jangka masa panjang," katanya.

Rafael Benitez akan cuba mencari cara untuk meningkatkan kekuatan pasukannya pada penghujung musim ini, tetapi ia hanya melibatkan rombakan kecil.

"Sekarang ia mudah. Kami boleh beritahu (kepada pemain), datanglah ke Liverpool dan anda akan menang piala nanti dan saya rasa mereka akan datang.

"Kami memerlukan beberapa pemain berkualiti untuk membawa kami mara ke hadapan. Jika kami berjaya mengekalkan aksi konsisten tahun ini, pasti ada seorang atau dua pemain menunjukkan perbezaan besar dalam prestasi mereka," kata Rafael Benitez lagi.